
Adhesion colic - Apa itu adhesion colic? Ramai pesakit mengadu kesakitan yang amat sangat jika ada adhesion. Jom ketahui 5 fakta tentang adhesion terutamanya adhesion colic sebagai petua mengurangkan rasa sakit.
1. Adhesion merupakan gabungan tisu yang berparut dan melekat di bahagian tisu dan organ yang lain. Tisu develop apabila mekanisme pembaikan badan bertindak balas terhadap sebarang gangguan tisu, seperti pembedahan, jangkitan, trauma, atau radiasi. Walaupun perlekatan boleh berlaku di mana-mana, lokasi yang paling biasa adalah di dalam perut, pinggul, dan jantung.
2.Abdominal adhesion paling biasa terjadi disebabkan pernah menjalani pembedahan terdahulu seperti bersalin czer, laparoscopy, appendictomy dan lain-lain pembedahan.
3. Symptom yang biasa dialami adalah mengalami rasa cramp yang yang amat sangat di bahagian abdomen, kesukaran untuk kentut, membuang air besar(sembelit), muntah, mual dan bahkan ada yang ke tahap kronik tahi akan keluar melalui saluran mulut!
4. Sekiranya berlaku pelekatan pada saraf, pesakit akan mengadu rasa sangat sakit, jika pelekatan pada otot, ianya akan mengakibatkan rasa tegang dan jika adhesion organ, ianya akan menyebabkan organ tersebut tidak akan dapat berfungsi dengan biasa. Pergerakan setiap organ mungkin akan terganggu.
5. Tiada rawatan khusus untuk masalah adhesion. Doktor hanya akan memberikan pain killer bagi melegakan kesakitan pesakit.
Anda juga boleh melakukan pembacaan di sini [tips mengurangkan rasa sakit adhesion]
Thanks for sharing omma.
http://www.ummicenter.com