Anda pernah mengalami situasi darah menitik di dalam mangkuk tandas semasa membuang air besar? Ramai orang mengalami buasir, tapi segan nak berjumpa doktor. Kalau boleh tak nak orang tahu, segan, takut diketawakan dan diejek. Jangan risau, hari ni saya nak share serba sedikit tentang buasir.
Buasir adalah disebabkan salur darah vena yang membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur akibat berlaku tekanan pada vena tersebut. Jika buasir berlaku di kawasan dubur, selalunya kita akan berasa sakit, ada unjuran terkeluar dari dubur. Kadang kala berdarah dan kadang kala tidak. Semasa mencuci dubur, kita akan perasan akan kewujudan isi terlebih ni.
Punca BuasirBerpunca dari peningkatan tekanan pada benda di dubur dan keadaan berikut boleh menyumbang kepadanya:
- Meneran semasa membuang air besar kerana masalah sembelit
- Perubahan hormon dan pembesaran janina dalam rahim ketika hamil
- Banyak lemak pada organ dalaman dan abdomen akibat obesiti
- Berdiri pada jangka waktu yang lama setiap hari atau kerap mengangkat benda berat

Jadi, anda sekarang sedang mengalami buasir di peringkat yang mana?
Rawatan di rumah:- Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan
- Jika ada bengkak, gunakan ais untuk surutkannya atau duduk di dalam besen yang beriis aiir garam
- Ambil ubat tahan sakit seperti panadol atau ibuprofen. Boleh beli kat farmasi
- Dapatkan krim sapuan atau supositori untuk rawatan buasir di farmasi. Cthnya: proctosedyl
Tapi, jika ada pendarahan, seeloknya anda berjumpalah doktor bagi memastikan pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti fisura dan kanser usus.
Cegah buasir berulang dengan kaedah berikut:
- Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin.
- Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
- Bersenaman setiap hari untuk menjaga berat badan dan kecergasan tubuh.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit jika anda sembelit.
Jika masih teruk, ada tak rawatan susulan?
Jangan risau, ada rawatan lanjut untuk buasir. Antaranya:- Rubber band ligation: di mana gelung getah yang kecil dipasang di pangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.

- Sclerotherapy: di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
- Hemorrhoidectomy: di mana pembedahan dilakukan untuk membuang buasir tersebut. Pesakit yang menjalani prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
- Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization: di mana ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
- stappler hemmorhoidectomy: pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Info Tambahan:
Buasir kerap juga terjadi pada wanita dalam berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk kurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu.
Ini boleh mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Kreadit : Dr Kamarul Ariffin
RAWATAN ALTERNATIF MASALAH BUASIR DENGAN SHAKLEE
1. Vivix
-Kandungan Polifenol dalam vivix kaya dengan sifat anti radang, anti inflamasi yang membantu mengecutkan vena yang mengembang, mengurnagkan rasa sakit dan gatal di kawasan dubur.
-Memperbaiki sel, tisu, organ dan sistem yang terjejas.
- Membantu mengembalikan fungsi sel seperti sedia kala
-Membantu melancarkan sistem pembuangan, elak sembelit berulang2. Omega Guard

-Bersifat anti keradangan dan anti inflamasi bagi mengecutkan vena yang bengkak, elak berlakunya jangkitan di kawasan yang berdarah
-Kurangkan rasa gatal3. Ostematrix

-Sumber kalsium dan turut mengandungi magnesium dan boron yang membantu melancarkan pembuangan air besar tanpa anda perlu meneran. Best ambik oste ni, badan cergas, esok bangun pagi kompem membuang smooth je. Taubat sembelit masa pantang! Nanges tua. huhu.
TESTIMONI SHAKLEE UNTUK BUASIR
Testimoni #1
Testimoni #2
Testimoni #3


atau anda ingin mendapatkan produk ini terus dengan membuat pembelian di sini sekarang juga:
>>>Mesti Klik..!!! Penjimatan sehingga 15-20% dengan mendaftar sebagai member shaklee sekarang juga..!!
Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Mmg ngeri tgk.. nasib baik ada vit shaklee
Kan. dulu terkena buasir ni. Sebab utamanya sembelit. huhu. Sakeeettt. Nasib baik ambik oste, lanacr je membuang. kalau tak, berejam dalam toilet