Saya masih ingat zaman sekolah menengah saya bilamana saya datang HAID buat kali pertamanya. Bermacam versi saya mendengar tentang tuala wanita. Perlu dibasuh supaya tidak dijilat hantu.
" Kau tahu Zer, dulu kan, masa cikgu sekolah asrama, saya berdua dengan kawan cikgu ke tandas. Pagi-pagi buta pulak tu, sunyi je masa tu sebab students lain syok tidur. Cikgu buka pintu toilet yang pertama, tengah mencari toilet yang bersih. Almaklumlah, kadangkala ada je emas 916 kat mangkuk tandas. Geli pula kalau nak membuang kat situ. Cikgu pelik toilet pintu kedua yang tidak bertutup rapat. Kedengaran bunyi mengerang seolah kucing yang menjilat sesuatu. Bila cikgu tolak pintu, mak eh, syok betul dia jilat tuala wanita yang ada darah. Kami dua apa lagi, lari lintang pukanglah!"hahaha. Anda pernah mendengar cerita yang sama seperti di atas?
PERSOALANNYA, APA HUKUM SEBENAR MENCUCI TUALA WANITA?
Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.” Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,” Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam MusnadnyaZahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :- Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
- Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Ini merupakan jawapan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum mencuci tuala wanita. Even di hospital, tuala wanita ini tidak digalakkan dicuci di mangkuk tandas hospital, sebaliknya masukkan dalam plastik dan buang ke dalam tong yang sepatutnya. Hal ini disebabkan, sistem pembuangan kita tidak begitu dikhususkan untuk membuang sisa bahan yang tercemar. Siapa tahu, mereka yang ada darah tersebut adalah menghidap HIV, atau Hepatitis B dan sebagainya. Jadi, pengurusan tuala wanita yang sepatutnya adalah sangat ditekankan.
Bukankah Menjaga Kebersihan itu Tuntutan Agama?Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Anda boleh membaca artikel ini sebagai tambahan>>>>CARA MENSTABILKAN HORMON WANITA
Very good sharing
Thank You Intan